JDT beri petunjuk jelas dalam usaha pertahankan Liga Super, Arif Aiman pemain paling menyerlah dalam jelajah Dubai

200

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakhiri siri jelajah perlawanan pra-musim dengan cemerlang dengan memenangi 3 daripada 5 perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di Dubai.

Ini seterusnya membawa perkara positif kepada skuad JDT kerana mampu mempelajari sesuatu daripada
perlawanan pra-musim seterusnya lebih bersedia untuk mengharungi musim 2023 dengan jayanya.


Antara perkara penting yang boleh dilihat adalah kemasukan pemain kacukan Sepanyol-Filipina, Oscar Arribas yang bermain di posisi sayap dan tengah menyerang.

Namun, kecemerlangan beliau terserlah selepas ketua jurulatih JDT, Esteban Solari memberi kelainan kepada Arribas dengan meletakkan beliau ke posisi bek kiri.

Beliau juga dapat mengadaptasi posisi tersebut dengan baik selepas diletakkan di dalam kesebelasan utama beberapa kali dan juga menjadi peranan penting dalam menjadi benteng pertahanan terakhir pasukan.

Malah, beliau juga sesuai untuk dijadikan sebagai ‘backup‘ kepada Corbin Ong dan memberi saingan yang sihat kepada Corbin untuk merebut kesebelasan utama pasukan JDT.

Seterusnya, JDT membawa 4 pemain penjaga gol iaitu Farizal Marlias, Syihan Hazmi, Haziq Nadzli dan
pemain muda bernama Zulhilmi Sharani di dalam siri jelajah perlawanan pra-musim ke Dubai.

Namun hanya Farizal dan Syihan diberi tanggungjawab untuk menjadi benteng terakhir pasukan di dalam
5 perlawanan persahabatan.

Mengikut statistik, Syihan berjaya mengekalkan rekod tanpa jaringan dalam dua perlawanan menentang pasukan Levski Sofia FC dan pasukan Lokomotiv Moscow FC.

Manakala Farizal hanya mencatatkan 1 perlawanan tanpa bolos dengan kemenangan menentang pasukan Fursan Hispania FC dan melepaskan 5 gol keseluruhan ketika kekalahan pasukan Rostov FC dan pasukan Zenit Saint Petersburg FC.

Haziq dan Zulhilmi tidak diturunkan di dalam perlawanan namun mereka boleh mempelajari sesuatu selepas Farizal dan Syihan beraksi di dalam pasukan utama menentang pasukan dari benua Eropah dan UAE.

Pemain kegemaran semestinya diraih oleh pemain muda sensasi negara iaitu Arif Aiman Hanapi yang beraksi di posisi sayap pasukan JDT.

Kelincahan dan kepantasan beliau dalam merobek gawang lawan terhasil dengan menjaringkan satu gol ketika menentang pasukan Lokomotiv Moscow yang beraksi dalam Liga Perdana Rusia.

Malah beliau berjaya meraih minit paling banyak selepas diturunkan di dalam kesemua perlawanan diikuti Bergson da Silva dan Fernando Forestieri dengan 4 perlawanan.

Diharap dengan perlawanan pra-musim ini menjadi pengalaman yang berharga untuk setiap pemain di samping mempersiapkan diri untuk membentuk skuad yang mantap menjelang perlawanan Piala Sumbangsih menentang Terengganu FC di Stadium keramat JDT, Stadium Sultan Ibrahim.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen