Ramai juga gadis DM, tapi saya tak nak ambil tahu godaan wanita, hanya fokus kepada karier – Haqimi Azim

258

Pemain KL City FC, Haqimi Azim hanya fokus terhadap karier bola sepaknya dan tidak membenarkan perkara di luar padang merosakkan kariernya.

Beliau mengakui ada menerima mesej daripada gadis-gadis di laman sosial tetapi tidak mengambil tahu tentang perkara itu.


“Ramai juga yang DM (Direct Message) tetapi saya tak layan dan tak ambil tahu tentang godaan wanita dan sebagainya.

Buat masa ini saya hanya mahu fokus kepada karier, keluarga dan yang satu sahaja,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Haqimi, beliau menyasarkan untuk mendapatkan minit permainan dan menjaringkan gol sebanyak mungkin pada musim ini.

Dalam pada itu, beliau mengakui sukar untuk merebut posisi sebagai penyerang utama dengan kehadiran lebih ramai pemain penyerang pada musim ini seperti Tchetche Kipre dan Herlison Caion.

“Musim ini lebih sukar kerana kami bawa masuk lebih ramai penyerang yang bagus, tetapi saya tak kisah jika menjadi pemain simpanan, dan saya juga boleh bermain di bahagian sayap.

Saya masih muda lagi dan dengan ramai penyerang berpengalaman serta bagus di dalam pasukan, saya boleh belajar dengan mereka.”

Menurut Haqimi, beliau masih tidak berfikir untuk meninggalkan KL City buat masa ini.

Katanya, beliau percaya Bojan Hodak tahu akan kualiti yang dimilikinya dan akan memberi peluang buatnya bermain.