Pembantu jurulatih Kelantan FC, Pol Corpas peluk Islam, keharmonian di Kelantan mungkin berjaya lembutkan hatinya

1,008

Budaya dan adat di setiap negeri di Malaysia mempunyai pelbagai perbezaan mengikut bangsa dan kaum.

Namun ianya menjadi salah satu keistimewaan yang terdapat di Malaysia kerana mampu menarik perhatian pelancong dan orang luar menghayati dan mempelajari budaya dan adat yang diamalkan di Malaysia.


Terdahulu, Pol Corpas Cuatrecasas yang bekerja sebagai pembantu jurulatih Kelantan FC akhirnya memeluk Islam selepas penghijrahan beliau ke Kelantan sejak 2020.

Ianya disahkan sendiri oleh pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham selepas memuat naik satu hantaran di laman Facebook.

Menurut Zamsaham, jurulatih yang berasal dari Barcelona itu akan menggunakan nama baharu iaitu Abu Bakar.

Malah Zamsaham terus memberi tunjuk ajar dan panduan mengenai agama Islam supaya Abu Bakar boleh mengenali agama Islam dengan lebih dekat.

Banyak faktor yang menjadikan Abu Bakar berminat untuk memeluk agama Islam, namun tidak menafikan bahawa adat dan budaya di Kelantan mungkin boleh dijadikan faktor mengapa Abu Bakar mengambil keputusan tersebut.

Masyarakat di Kelantan sangat terkenal dengan budaya dan adat resam yang tinggi di samping penduduk yang saling tolong menolong walaupun berbilang bangsa menjadi teras keharmonian dalam diri setiap warga Kelantan.

Sebagai contoh, seorang selebriti yang terkenal Bernama Mat Dan mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana fasih bertutur dalam dialek Terengganu.

Beliau yang berasal dari Cheltenham, England akhirnya memeluk Islam selepas beliau sentiasa dibantu oleh kawan dan sahabat sekiranya beliau mempunyai persoalan mengenai agama Islam dan juga kekal berada di Malaysia selepas berkhawin dengan orang Terengganu.

Ini terbukti bahawa kemesraan dan sifat toleransi yang berada di dalam diri setiap rakyat Malaysia mampu menarik minat individu untuk mempelajari sejarah dan kebudayaan yang terdapat di negara ini.

Diharap Abu Bakar akan menjadi seorang yang lebih baik dan mempunyai hala tuju yang jelas selepas beliau memeluk agama Islam.

Malah, beliau juga perlu bersemangat untuk terus berkhidmat bersama Kelantan dengan membantu pasukan dalam menaikkan prestasi dan kekuatan di dalam saingan Liga Super pada musim ini.