Bola Sepak

Apecer?

Video & Soratan

“Apa yang JDT buat ini memang bagus, saya tersentuh lihat adik Hafiz nangis sambil ikat tali kasut”

Temu bual eksklusif bersama Influencer Malaysia, Adrian Edy yang memberi hadiah sepasang kasut bola kepada adik Hafiz yang cuma memakai kasut getah hadir ke pemilihan pemain yang dianjurkan oleh kelab bola sepak JDT di Sabah.

Edy juga memuji usaha yang dilakukan oleh JDT sanggup ke pedalaman di Sabah membuat pemilihan pemain bola sepak berbanding lakukan di kawasan bandar. Katanya, jika dilakukan di bandar, penduduk di kawasan pedalaman seperti adik Hafiz sendiri sukar untuk hadir kerana kos tambang yang perlu ditanggung.



Tonton Seterusnya