Selangor MAC mahu menang semua kejohanan musim ini – Edgar Baldasso

382

Ketua jurulatih Selangor MAC, Edgar Baldasso tekad mahu merebut semua kejuaraan yang ditawarkan dalam saingan futsal kebangsaan musim ini.

Beliau bagaimanapun sedar akan saingan yang akan diberikan oleh Pahang Rangers dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu.


“Apabila kami sertai kejohanan kami mahukan kemenangan, saya berada di sini untuk cabaran dan saya hormati semua pasukan tetapi saya mahu menang.

Sudah tentu Pahang Rangers dan JDT antara pasukan yang hebat dalam liga, saya jangkakan saingan liga akan sukar dengan empat atau enam pasukan yang akan menjadi pencabar,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sementara itu beliau berkata bahawa persiapan Selangor MAC kini baru mencecah 70 peratus dan akan terus memperbaiki pasukan sebelum saingan liga bermula 18 Februari ini.

Katanya, beliau dapat melihat peningkatan yang ditunjukkan oleh para pemain hari demi hari dalam sesi latihan.

“Musim lalu Selangor MAC berjaya menjadi juara tetapi terdapat ramai perubahan pemain.

Setakat ini kami sudah 70 peratus bersedia, ada beberapa perubahan yang boleh dilakukan sebelum musim bermula.”

Sementara itu, beliau berkata bahawa kehilangan Khairul Effendy yang tidak dapat bersama pasukan itu sepanjang musim kerana kecederaan pastinya dirasai kerana beliau merupakan pemain berpengalaman.

Namun, beliau percaya pemain lain dalam pasukan itu boleh menggantikan beliau terutamanya pemain muda.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen