Tan Cheng Hoe masih belum berpuas hati dengan prestasi Ayron del Valle

652

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe masih belum berpuas hati dengan prestasi penyerang import barunya, Ayron del Valle yang masih belum menyerlah sejak menyertai pasukan itu baru-baru ini.

Malah prestasinya ketika kejohanan Piala Harapan di Pulau Pinang pada awal Februari juga turut menjadi perhatian peminat yang melihat penyerang dari Colombia.


“Kalau kita lihat Ayron memang perlu bekerja keras untuk nak sesuaikan diri dengan cuaca, budaya dan gaya permainan pasukan. Kalau kita lihat pada perlawanan ketika Piala Harapan tempoh memang nampak dari segi ketangkasan dan kecergasan masih kurang.

Tapi kita masih yakin dengan kualiti yang ada pada Ayron, yang memang boleh memberi sesuatu kepada pasukan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Berdasarkan kelab-kelab terdahulunya, ini merupakan kali pertama penyerang berusia 34 tahun berhijrah untuk bermain bersama pasukan dari Asia berikutan beliau sebelum ini hanya bermain di Amerika Latin.

Dalam pada itu, disebalik pertambahan jumlah kuota pemain import untuk saingan Liga Super musim ini, Cheng Hoe akan terus dengan falsafahnya iaitu memberi ruang dan peluang kepada pemain muda.

“Ya, itu memang falsafah saya memang nak pemain-pemain muda berpotensi besar mendapatkan minit permainan. Kalau kita lihat mereka memang bekerja keras dalam setiap latihan dengan disiplin tinggi serta komited.

Sebab itu sebagai jurulatih kita perlu beri peluang kepada mereka tetapi masih lagi kita mengharapkan pemain import dan pemain berpengalaman pasukan supaya bawa pasukan ke satu tahap terbaik.”

Sementara itu, Cheng Hoe juga menyedari bahawa ramai pemainnya merupakan pemain kebangsaan, oleh itu beliau awal-awal lagi sudah memberi pesanan dan penerangan secara terperinci kepada pemainnya untuk menyediakan diri mereka untuk menghadapi musim yang panjang tahun ini.

“Hari pertama mereka melapor diri saya sudah terangkan secara terperinci kepada mereka untuk bersedia untuk menghadapi musim yang jadual padat. Bukan senang untuk mereka menjalankan tugas mereka tapi mereka perlu pastikan dapat kekalkan tahap kecergasan mereka.”

Malah beliau juga memberitahu kesemua pemain-pemainnya akan berada di bawah pemantauannya dan barisan kejurulatihan lain yang akan memastikan pemain-pemain akan sentiasa berada keadaan terbaik.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen