Saya gemar jumpa mantan Menteri KBS untuk belajar dari mereka, supaya jadi yang lebih baik – Hannah Yeoh

242

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui beliau gemar berjumpa dengan mantan menteri yang pernah menjawat jawatan tersebut untuk belajar daripada mereka.

Katanya, beliau mendapat banyak manfaat daripada beberapa perjumpaan yang telah dilakukan sebelum ini yang dapat membantu tugasnya.


“Selalunya saya akan bertanyakan program yang mereka mulakan ketika mereka menjadi menteri dan apabila saya bawa balik isu itu ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS), saya akan nilai semula sama ada usaha itu harus diteruskan atau tidak.

Selain itu, apabila saya dengar pandangan dan cabaran yang mereka hadapi sebagai menteri, saya dapat manfaat dan banyak yang boleh dipelajari,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Hannah, setakat ini beliau telah berjumpa dengan tiga bekas Menteri KBS iaitu Tan Sri Abdul Ghani Othman, Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq.

Tambahnya, segala pandangan dan ilmu yang diterima daripada perjumpaan itu diharap mampu menjadikan beliau lebih baik.

“Tan Sri Abdul Ghani menjadi menteri KBS ketika saya masih bersekolah jadi menarik apabila mendengar semula cabaran yang dilaluinya dahulu supaya saya boleh menjadi menteri yang lebih baik.”

Sementara itu, beliau berkata setakat ini masih belum mempunyai perancangan untuk bertemu bekas Menteri KBS sebelum ini iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.