Hormati majikan yang bayar gaji, pemain perlu faham terma dan syarat pinjaman

3,330

Terengganu FC memulakan kempen Liga Super 2023 dengan kekalahan apabila tumpas 2-0 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat lalu.

Hasrat penyokong untuk menyaksikan pemain yang dipinjamkan dari JDT, Liridon Krasniqi untuk beraksi pada perlawanan itu tidak kesampaian kerana terdapat perjanjian yang tidak membenarkannya turun beraksi.


Sebelum perlawanan itu, Liridon ada memberikan ucapan kepada rakan-rakan sepasukannya dan berkata tidak bernasib baik tidak dapat diturunkan pada perlawanan itu

TMJ membalas Instastory itu dengan mengarahkan Liridon supaya memberitahu rakan-rakannya untuk membayar gajinya jika mahu bermain pada perlawanan itu.

Sebagai pemain yang masih mempunyai kontrak dengan JDT, Liridon perlulah berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan melibatkan pasukan yang merupakan majikannya.

Walaupun musim ini beliau bermain untuk Terengganu, JDT adalah pasukan yang membayar gajinya justeru perlu menunjukkan rasa hormat terhadap majikan.

Beliau juga pastinya faham sebab tidak dapat diturunkan kerana ia boleh dianggap sebagai ‘conflict of interest’.

Selain daripada Liridon, terdapat beberapa lagi pemain yang dipinjamkan daripada JDT kepada pasukan lain pada musim ini seperti Daniel Ting (Sabah FC), Levy Madinda (Negeri Sembilan FC), Arif Nasrulhaq (Sri Pahang FC) dan Guilherme de Paula (Melaka FC).

Pemain-pemain tersebut juga harus berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang komen melibatkan pasukan yang merupakan majikan mereka kerana masih mempunyai kontrak.

Jika tidak, ia bukan sahaja boleh menyebabkan hubungan mereka dengan majikan retak, tetapi juga mengganggu hubungan antara kedua-dua kelab.

Pemain-pemain yang dipinjamkan semua itu juga pastinya tahu syarat serta terma dalam kontrak pinjaman  justeru tidak wajar untuk membangkitkan isu mereka tidak boleh turun apabila menentang JDT.