Tugas sebagai kapten memang beri sedikit tekanan – Shahrul Nizam

454

Pertahanan Terengganu FC, Shahrul Nizam mengakui tugas baharu sebagai ketua pasukan pada musim ini memberinya sedikit tekanan berbanding ketika menjadi pemain biasa.

Menurutnya, tanggungjawab sebagai ketua pasukan adalah besar dalam mengawal rakan-rakan sepasukannya.


“Memang berbeza apabila menjadi kapten berbanding ketika menjadi pemain biasa.

Sebagai kapten tekanan adalah lebih kerana perlu menjalankan tanggungjawab mengawal pemain lain di dalam dan luar padang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menjelang perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman Esok, beliau berharap dapat mengutip tiga mata selepas kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim pada perlawanan pertama Jumaat lalu.

Menurutnya, walaupun pernah bekerja di bawah ketua jurulatih Kedah, Nafuzi Zain sebelum ini, taktikal beliau bersama Kedah tidak boleh dijangka.

“Memang saya tahu taktikal Nafuzi tetapi setiap jurulatih pasti ada banyak taktikal.

Jadi dengan Kedah saya tidak tahu apa taktikal yang digunakan bersama pada pemainnya.”

Katanya, persiapan untuk perlawanan esok berada dalam keadaan yang baik dan mereka mahu memberikan segala-galanya untuk mengutip tiga mata.