Saya jatuh cinta dengan bola sepak kerana Kelana United FC sediakan fasiliti yang baik – Farah Syakira

415

Penjaga gol wanita Kelana United FC, Farah Syakira mengakui jatuh cinta dengan bola sepak selepas menyertai kelab itu kerana disediakan dengan fasiliti latihan yang baik.

Beliau yang bermula sebagai pemain futsal berkata, beliau mahu terus aktif dalam bola sepak selepas ini dan menyasarkan untuk mewakili negara.


“Sebenarnya saya tidak minat dengan bola padang tetapi sebab dapat fasiliti yang bagus dari Kelana United, dan saya dapat berlatih dengan baik.

Sekarang saya dah jatuh cinta dengan bola sepak jadi tahun ini saya sasarkan untuk mewakili Malaysia dan akan terus aktif dalam bola sepak selepas ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan suku akhir FAS Women Super League menentang FC Swat sebentar tadi yang menyaksikan Kelana United menang 2-0.

Mengenai perlawanan tersebut, beliau tidak berpuas hati dengan persembahannya walaupun mencatatkan clean sheet.

Menurutnya, persembahannya turut dibantu oleh keserasian antara barisan pertahanan yang menampilkan aksi yang baik.

“Untuk hari ini prestasi saya kurang baik sebenarnya tetapi Alhamdulillah syukur dapat catatkan clean sheet.

Saya pun agak gementar tadi tetapi dengan kerjasama seluruh pemain kita berjaya catatkan kemenangan.”

Selepas ini, Farah menyasarkan untuk melangkah ke perlawanan akhir kejohanan tersebut.