Walaupun makin ramai pemain naturalisasi saya yakin peluang dipanggil bersama Harimau Malaya – Sergio Aguero
Penyerang Sri Pahang FC, Sergio Aguero yakin dengan peluang untuk bersama pasukan kebangsaan walaupun dengan kehadiran dua lagi pemain naturalisasi di bahagian serangan iaitu Endrick dos Santos dan Paulo Josue.
Menurutnya beliau akan terus berjuang untuk membuktikan beliau layak berada dalam pasukan kebangsaan dengan menunjukkan prestasi yang baik bersama Sri Pahang.
“Dah tentu saya ada peluang, sebelum ini tiada siapa percaya saya mampu berada dalam pasukan kebangsaan tetapi saya buktikan perkara itu.
Saya akan berjuang dalam setiap perlawanan bersama Sri Pahang untuk buktikan kepada Kim Pan-gon saya bersedia untuk dipanggil,”
katanya.
Sementara itu, beliau percaya kehadiran kedua-dua pemain itu akan memberi manfaat kepada Malaysia dari segi pilihan di bahagian serangan.
Katanya, mereka berdua telah membuktikan mereka adalah pemain yang baik kerana tidak mudah untuk bertahan selama lima tahun di sini.
“Mereka adalah pemain yang baik sebab itu mereka berjaya bermain lima tahun di sini.
Kebanyakan pasukan di Malaysia sering tukar pemain import setiap enam bulan atau setahun jadi mereka tunjukkan kualiti yang mereka ada.”
Sementara itu, beliau percaya Sri Pahang merupakan antara pasukan yang mampu bersaing untuk kejuaraan liga berdasarkan prestasi yang ditunjukkan dalam tiga perlawanan pertama.
Beliau melihat musim ini Sri Pahang lebih kuat di bahagian pertahanan dan berharap beberapa pemain yang cedera dapat kembali dengan segera untuk membantu pasukan.