SOP lindungi pengadil perlu diperketat bagi elak perkara tak diingini berlaku

432

Isu kualiti pengadilan dalam saingan Liga Super terus hangat diperkatakan dan telah mencetuskan kemarahan penyokong pada perlawanan di antara Kedah Darul Aman FC (KDA) dan PDRM FC baru-baru ini.

Ketegangan itu berlaku selepas kapten pasukan Sang Kenari iaitu Manuel Ott dan ketua jurulatih Nafuzi Zain telah dilayangkan kad merah telah menyebabkan ramai penyokong yang tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil tersebut.


Beraksi di laman sendiri dengan disaksikan kira-kira 12,000 penonton, KDA menjadi harapan untuk beroleh kemenangan, sebaliknya dimalukan 1-0 oleh The Cops.

Apa sekali pun keputusan pengadil tepat atau tidak, penyokong seharusnya menerima dengan hati terbuka dan biar pihak kelab yang membuat bantahan dan bukannya penyokong bersikap agresif termasuk melakukan provokasi berlebihan selepas perlawanan.

Bagaimanapun tular satu video di media sosial yang memperlihatkan kesemua pengadil yang baru sahaja keluar dari padang untuk masuk ke bilik persalinan melalui laluan yang turut boleh diakses oleh penyokong.

@jejailaaaaaaaaaaa Mohon bersabar ☺️ #kedahdarulaman #kedahvspdrm #fyp #kdafc ♬ Sang Saka Biru – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Alif

Sekiranya keadaan tidak dikawal dengan rapi, ada kemungkinan pengadil akan diserang di laluan itu sehingga boleh menyebabkan kekecohan dan kecederaan kepada pengadil dan penyokong yang terlibat.

Bukan itu sahaja, selepas tamat perlawanan kira-kira 1,000 penyokong berhimpun di luar pintu utama yang digunakan oleh pengadil dan pegawai perlawanan untuk keluar yang menyaksikan penyokong sedang menunggu kesemua pengadil keluar dengan melontarkan kata-kata kesat dan kurang enak.

Insiden yang berlaku di Kedah ini hampir sama dengan insiden yang berlaku di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada tahun lalu apabila penyokong Selangor FC yang tidak berpuas hati dengan kualiti pengadil turut berhimpun di pintu utama stadium dan melakukan provokasi dan melontarkan kata-kata kesat kepada pengadil.

@shamizan_aziz Kedah vs PDRM #OPPOJoyBox2022 #fyp #fypシ #xyzbca #kedah #kedahdarulaman ♬ original sound – Shamizan Aziz

Walaupun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku, tetapi situasi seperti ini sepatutnya perlu dielak dari berlaku dan pihak pengelola liga Malaysian Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memperketatkan SOP (Prosedur Operasi Standard) bagi melindungi keselamatan pengadil atau pegawai perlawanan.

Tidak perlu hanya tunggu untuk perlawanan besar atau perlawanan yang dijangka akan menjadi panas sahaja kerana mengambil contoh perlawanan di antara KDA menentang PDRM, tiada siapa menjangka ia akan menjadi panas tapi ia tetap berlaku.

Untuk FAM, mereka perlu pastikan pengadil-pengadil yang ditugaskan untuk mengadili kesemua perlawanan liga adalah pengadil berkualiti supaya kesilapan membuat keputusan dapat dielak terutamanya keputusan yang menjadi punca kekalahan sesebuah pasukan.

Penyokong di Malaysia bukan seperti dahulu yang mana mereka kini lebih terbuka dengan keputusan, tetapi jika kesilapan demi kesilapan terus berulang tanpa sebarang penambahbaikan, tidak mustahil mereka akan memberi reaksi.

Bola sepak tanah air pernah tercemar dengan insiden rusuhan, jadi kita harap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di zaman bola sepak moden ini.