Wan Zack Haikal menjadi rebutan
Setelah tiga musim bersama Selangor FC, Wan Zack Haikal serba tidak menjadi apabila gagal menyerlah bersama skuad tersebut.
Sepanjang tempohnya bersama The Red Giant’s itu, Wan Zack hanya mampu beraksi sebanyak 20 perlawanan serta berjaya menjaringkan satu gol.
Selain itu, Wan Zack juga kerap dilanda kecederaan yang panjang menyebabkan beliau kurang beraksi bersama skuad utama. Justeru, memilih untuk mencari destinasi baru bagi meneruskan karier bola sepaknya.
Susulan daripada itu, terdapat sumber menyatakan Wan Zack berminat untuk menyertai Perak FC setelah pasukan itu diambil alih oleh Impact Media & Communication (IMC) SDN. BHD.
Isu gaji tidak akan menjadi masalah kepada Perak dengan adanya pengurusan baru yang lebih berkaliber ini mampu menjaga kebajikan pemain supaya perkara yang lama tidak kembali berulang.
Di samping itu, Melaka United FC dikhabarkan turut berminat untuk mendapatkan Wan Zack haikal bagi memperkuatkan jentera serangan mereka setelah berjaya menandatangani bekas rakan sepasukannya iaitu Ifedayo Olusegun.
Kehadiran pemain berusia 31 tahun ini, sudah pasti menambah sengat Melaka United dengan kekuatan fizikal serta kelajuan yang dimilikinya dalam mencari ruang untuk mencipta gol.
Tambahan lagi, kehadiran Wan Zack ke Melaka United pasti dinanti oleh bekas rakan sepasukannya semasa beraksi untuk Harimau Muda A seperti Fadli Shas dan Wan Zaharulnizam.
Kembalinya gandingan Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam mampu memberi impak kepada Melaka United dalam memburu tempat tiga terbaik di Liga Super.