Walaupun Hong Kong ‘bersepah’ dengan pemain naturalisasi, Jorn Andersen tetap mahu beri peluang kepada pemain muda
Selepas kira-kira tiga bulan berehat daripada tugasan terakhir pada Piala AFF Januari lalu, skuad Harimau Malaya akan kembali semula beraksi dalam perlawanan persahabtana Tier 1 pada 23 dan 28 Mac ini.
Malaysia akan menentang lawan yang ditemui pada kelayakan Piala Asia tahun lalu iaitu Turkmenistan pada perlawanan pertama, manakala lawan kedua pula adalah Hong Kong.
Ketika ini, mood dalam kem Hong Kong berada dalam keadaan yang baik selepas mereka melayakkan diri ke kejohana Piala Asia tahun depan sejak kali terakhir layak pada 1968.
Dengan kejayaan itu, kontrak ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen yang akan tamat pada Jun ini dikhabarkan akan disambung bagi meneruskan khidmatnya pada saingan Piala Asia.
Pihak Persatuan Bola Sepak Hong Kong dilaporkan sedang berbincang mengenai perkara itu dan setakat ini ia adalah positif.
Bagi Andersen pula, beliau bertekad mahu membentuk skuad yang kuat bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam Piala Asia.
Antara perancangannya adalah untuk memberi peluang kepada pemain-pemain B-23 untuk berada dalam skuad utama bagi saingan tersebut.
Menurutnya, beliau bersedia untuk menyerap pemain-pemain muda ke dalam skuad utama jika mereka menunjukkan prestasi yang baik.
Walaupun Hong Kong mempunyai ramai pemain naturalisasi seperti Jahangir Khan, Diego Eli, Alexander Jojo, Andy Russell dan lain-lain, beliau tetap memberi keutamaan kepada pemain muda.
Sememangnya ia adalah satu perkara yang baik dari sudut pelan jangka masa panjang kerana
Cabaran pertama yang akan dilalui oleh skuad B-23 Hong Kong untuk membuktikan kemampuan mereka adalah pada saingan Piala Merlion bermula 24 Mac ini, yang juga turut disertai oleh pasukan Malaysia.
Ini pastinya menarik untuk disaksikan sama ada barisan pemain muda negara mampu bersaing dengan pasukan Hong Kong serta dua lagi pasukan iaitu Kemboja dan Singapura.
Malaysia dan Hong Kong berpeluang untuk bertemu sekiranya kedua-dua pasukan melepasi lawan masing-masing iaitu Kemboja dan Singapura.
Ia juga menarik untuk disaksikan siapakah pemain daripada kedua-dua skuad muda ini yang akan berjaya menarik minat pengendali skuad utama masing-masing untuk dinaikkan pangkat ke pasukan senior.
Malaysia setakat ini masih belum memberi apa-apa info mengenai penglibatan dalam kejohanan itu, tetapi diharapkan skuad muda negara sudah bersedia untuk menghadapi saingan tersebut.