Adakah satu kelab lagi bakal bankrap?

223

UITM FC sebuah pasukan yang berpangkalan di Shah Alam dikhabarkan untuk tarik diri dari Liga Malaysia setelah mengalami masalah bajet.

Pada musim ini, UITM berjaya bertanding di peringkat tertinggi iaitu saingan Liga Super tetapi mereka hanya mampu menghuni tangga tercorot liga.


Menjelang saingan liga yang bakal bermula, skuad The Lion Troops ini mengalami kesulitan untuk meneruskan persiapan mereka bagi saingan Liga Premier musim hadapan.

Khabar angin sebelum ini menyatakan bahawa UITM bakal dibeli oleh seorang usahawan terkemuka adalah kisah dongeng kerana masih tiada tanda-tanda atau pertukaran hak milik kelab yang dilakukan.

Status pertukaran pemilik kelabnya masih belum dikenalpasti justeru pasti menyusahkan banyak pihak yang ingin bersama-sama membantu supaya UITM terus berjuang dalam saingan liga.

Setelah penswastaan liga dilakukan, UITM nampaknya terpaksa akur akan bajet yang dimilikinya tidak cukup untuk menampung keseluruhan kelab.

Selain itu, terdapat sumber mengatakan bahawa para pemain UITM sedia ada masih tertanya-tanya apakah status kelab yang mereka bermain pada musim lalu.

Sehingga ke hari ini pihak pengurusan masih lagi seakan-akan mengunci mulut tentang keadaan Kelab UITM FC ini.

Sumber Foto : UITM FC

Terdapat segelintir pemain tidak mahu menunggu lagi, seterusnya mereka mencari haluan baru dengan menyertai pasukan yang lain setelah kontrak ditamatkan.

Jika keadaan ini benar-benar terjadi, maka akan terdapat satu lagi pasukan di Liga Malaysia bakal bankrap.