Kemenangan ke atas Kuching City adalah permulaan, kita boleh lakukan lebih baik lagi – Hadi Fayyadh
Pemain Perak FC, Hadi Fayyadh percaya kemenangan sulung yang dicatatkan pasukannya ke atas Kuching City FC adalah permulaan dan perjalanan mereka masih jauh lagi.
Katanya, banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki oleh para pemain, dan beliau percaya mereka boleh lakukan lebih baik lagi.
“Akhirnya malam ini usaha kita membuahkan hasil juga, tetapi banyak lagi yang kita perlu perbaiki, kita boleh lakukan yang lebih baik lagi.
Apa yang penting kita harus usaha lebih baik lagi dan bekerja lebih keras selepas ini untuk menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Beliau berharap Perak dapat meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan-perlawanan seterusnya.
Secara peribadi, beliau akan terus melakukan yang terbaik dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih.
“Jurulatih dah berikan kepercayan kepada saya jadi adalah penting untuk saya berikan 100 peratus.
Saya tahu tugas saya dan saya akan lakukan ia dengan baik, yang penting kita dapat tiga mata.”
Sementara itu, beliau berterima kasih kepada penyokong Perak yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan walaupun ketika mereka di bawah.
Beliau berjanji akan terus memperbaiki permainan dan membalas jasa mereka yang sentiasa memberi sokongan.