Chelsea anjurkan majlis berbuka puasa di Stamford Bridge, satu idea baik untuk dicontohi kelab Malaysia

392

Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea akan meraikannya dengan mengadakan acara berbuka puasa bersama pada 26 Mac 2023.

Acara ini buat kali pertama diadakan di Stamford Bridge, stadium yang menjadi rumah bagi kelab itu.


Acara berbuka puasa ini terbuka kepada semua penyokong Chelsea, pelajar sekolah dan ahli komuniti beragama Islam serta kakitangan Chelsea.

Ia diadakan oleh Kerjasama Ramadan Tent Project, sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan untuk menyatukan komuniti dan membuka peluang kepada penduduk di sana untuk mengenali Ramadan dan agama Islam.

Dengan mengadakan acara berbuka puasa ini, Chelsea ingin menunjukkan rasa hormat dan penghargaan mereka kepada umat Islam, serta memberi ruang kepada pemain dan kakitangan mereka untuk merayakan bulan Ramadan bersama, serta salah satu cara untuk meraikan kepelbagaian dan keunikan budaya yang ada di dalam kelab mereka.

Mungkin apa yang dilakukan oleh Chelsea boleh juga dicontohi oleh pasukan-pasukan di Liga Malaysia.

Ia adalah satu inisiatif yang baik dalam merapatkan lagi hubungan antara kelab dan peminat, lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia itu.

Selain itu, ia juga boleh menarik lebih ramai lagi untuk hadir ke stadium sekiranya diadakan pada hari perlawanan.

Kelab boleh menganjurkan majlis berbuka puasa beramai-ramai ketika hari perlawanan supaya penyokong dapat makan bersama-sama, kemudian menonton perlawanan terus.

Ini juga peluang buat kelab untuk menjana pendapatan dengan menjual makanan berbuka di perkarangan stadium sebelum majlis berkenaan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen