Richard Chin nyatakan minat untuk wakili Malaysia, harap dapat bantu negara di Piala Asia
Richard Chin, pemain pertahanan Charlton Athletic yang berusia 20 tahun, telah menyatakan hasratnya untuk mewakili Malaysia dan berharap dapat membantu Malaysia di Piala Asia.
Walaupun Chin dilahirkan di England dan memulakan kerjaya bola sepaknya di sana, dia mempunyai pertalian keluarga di Malaysia dan berasa negara ini dekat di hatinya.
Dalam satu temu bual bersama saluran sukan terkemuka, Chin menyatakan agen beliau telah bercakap dengan beberapa orang dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai kemungkinan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Bagi Chin, bermain bola sepak untuk Malaysia adalah satu penghormatan besar dan dia berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada negara yang mendapat tempat istimewa di hatinya.
Dia berharap peluangnya untuk mewakili Malaysia akan datang tidak lama lagi dan dia bersedia untuk menerimanya dengan tangan terbuka.
Mungkin ini adalah satu ‘panggilan’ kepada pihak FAM untuk menyelesaikan segera proses dokumentasinya yang sudah sekian lama.
Seorang lagi pemain warisan negara, Nooa Laine hari ini baru sahaja dipanggil menyertai kem latihan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan pada Mac ini.
Sekiranya proses dokumentasi Chin selesai dan sudah sah boleh mewakili Malaysia, ia akan memperbanyakkan lagi pilihan pemain buat ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon.