Pemain kacukan Laos-Amerika Michael Vang dipanggil ke pasukan kebangsaan Laos

471

Pasukan bola sepak di negara Asia Tenggara ketika ini dilihat semakin aktif merekrut pemain-pemain bola sepak yang mempunyai darah campuran atau kacukan dan terbaru Persatuan Bola Sepak Laos (LFF) telah memanggil pemain kacukan Laos-Amerika Syarikat iaitu Michael Vang ke pasukan kebangsaan.

Vang yang berusia 22 tahun ketika ini adalah pemain tengah untuk kelab MLS Next Pro, Portland Timbers 2 di Amerika Syarikat yang mana beliau mempunyai darah Laos dari sebelah bapanya.


Panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan Laos merupakan pencapaian besar untuk Vang, yang mempunyai cita-cita untuk bermain di peringkat antarabangsa sejak kecil.

Beliau telah mengambil keputusan untuk mewakili Laos di peringkat kebangsaan dan menyatakan rasa terharu dan bangga kerana dapat mewakili pasukan kebangsaan yang diberi gelaran Million Elephants.

Dalam pada itu, Vang yang memulakan kerjayanya di peringkat remaja di MLS Academy telah mempamerkan bakat yang cukup berkualiti telah menarik minat kelab yang beraksi di liga MLS Next Pro.

Mempamerkan permainan berkualiti dan cemerlang bersama kelabnya kemudian menarik perhatian Laos pula yang mahukan khidmatnya dalam pasukan kebangsaan.

Dengan pengalaman bermain di Amerika Syarikat pastinya akan memberi nilai tambah buat pasukan kebangsaan Laos dan paling penting Vang juga akan mendapat ruang dan peluang untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

Jika Vang berjaya memberi impak buat Laos, pastinya beliau akan dikekalkan dalam pasukan dan mempunyai peluang untuk bertemu dengan pasukan kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya satu hari nanti.