Padamkan api kebencian demi Harimau Malaya!

1,345

Penyokong bola sepak tanah air kini teruja apabila menanti perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan kebangsaan Malaysia yang dijadual akan menentang Turmenistan dan Hong Kong pada 23 dan 28 Mac ini.

Walaupun perlawanan akan berlangsung pada bulan Ramadan, namun ia tetap mencetuskan keterujaan peminat untuk melihat skuad Harimau Malaya turun beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Johor nanti.


Keterujaan penyokong dapat dilihat di media sosial apabila ramai yang bercakap mengenai perlawanan itu, namun turut timbul juga persoalan daripada penyokong iaitu adakah Ultras Malaya (UM) akan turun ke SSI untuk memberi sokongan buat skuad negara.

Semua sedia maklum bahawa UM adalah pemain ke-12 penting buat skuad negara di mana mereka akan turun ke stadium untuk memberi sokongan buat pemain negara tidak kira di mana.

Skuad kendalian Kim Pan-gon kali ini akan beraksi di stadium milik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga merupakan home kepada Boys Of Strait (BOS) iaitu antara penyokong terbesar di Liga Malaysia.

Pada kelayakan Piala Asia 2023 tahun lalu, kecoh di media sosial apabila ramai yang bertanya ke mana ‘hilangnya’ wakil dari Johor apabila kesemua wakil ultras negeri dengan banggannya mempamerkan kain rentang yang tertulis sokongan dalam loghat masing-masing.

Apa pun apa yang berlaku sudah menjadi sejarah, maka tak perlu dibangkitkan lagi kerana seluruh penyokong bola sepak tanah air perlu padamkan api kebencian demi negara.

Skuad negara dalam misi yang cukup penting iaitu mahu mengumpul mata semaksimum yang mungkin untuk memperbaiki FIFA ranking.

Oleh itu, ayuh Ekor Harimau Malaya! Sama-sama kita turun ke SSI untuk memberikan sokongan padu buat pasukan kesayangan kita.