Piala Sultan Selangor 2023 antara Selangor dan Singapura kembali diadakan selepas 3 tahun

526

Seluruh peminat bola sepak di Malaysia akan kembali bergembira kerana Piala Sultan Selangor (TSSC) akan diadakan semula setelah tertangguh selama tiga tahun sejak pandemik COVID-19 pada tahun 2020, TSSC ini merupakan pertandingan bola sepak yang sangat berprestij yang menemukan antara pilihan Selangor dan pilihan Singapura.

Kejohanan yang telah dianjurkan sejak tahun 2001 ini diilhamkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan menemukan pasukan Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura dalam perlawanan sengit untuk merebut piala serta hadiah wang tunai RM80,000.


Selain itu, kejohanan ini turut akan menampilkan perlawanan di antara veteran Selangor dan Singapura.

Kesemua veteran ini majoritinya pemain idola yang pernah memeriahkan bola sepak pada satu ketika dahulu.

Kehadiran mereka pastinya akan mengami memori dan nostalgia terutamanya buat penyokong veteran.

Bagaimanapun, perlawanan gabungan sekolah Selangor menentang gabungan sekolah Singapura tidak akan diadakan pada tahun ini.

Pertandingan yang paling di nanti-nantikan pastinya adalah perlawanan antara pilihan Selangor dan pilihan Singapura.

Kedua-dua pasukan ini mempunyai sejarah yang cukup panjang dan mempunyai perseteruan cukup hebat.

TSSC pada tahun 2019, pilihan Selangor berjaya menang dengan jaringan sulung yang disempurnakan oleh pemain pilihan, Ifedayo Olusegun.

Sebelum ini, pasukan Selangor pernah menjuarai TSSC sebanyak 10 kali dan mereka pasti ingin menambah satu lagi kejuaraan pada tahun 2023 ini.

TSSC akan membuka tirainya pada 28 Oktober nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil.