Siaran langsung percuma! Ayuh beri sokongan pada Harimau Malaya

344

Kini tiada lagi alasan untuk terlepas menyaksikan perlawanan antarabangsa skuad negara kita Harimau Malaya untuk beraksi menentang Turkmenistan pada 23 Mac manakala pada 28 Mac pula akan bertemu Hong Kong yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Ini kerana untuk kedua-dua perlawanan tersebut, ia akan disiarkan secara langsung kaca televisyen anda melalui siaran di TV9.


Perlawanan persahabatan skuad kendalian Kim Pan-gon kali ini antara paling ditunggu-tunggu oleh seluruh penyokong bola sepak tanah air.

Lebih menarik lagi, pengendali dari Korea Selatan itu menyenaraikan beberapa muka baru dan sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat aksi skuad negara.

Antara beberapa pemain yang menjadi tumpuan sudah semestinya dua pemain naturalisasi baru negara iaitu Paulo Josue (KL City FC) dan Endrick Dos Santos (Johor Darul Ta’zim).

Pemain lain yang turut tersenarai kali ini termasuk Brendan Gan, Faisal Halim, Sikh Izhan, Feroz Baharudin, Nooa Laine dan ramai lagi.

Ketika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan senarai 27 pemain ia telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong.

Apa pun sama-sama kita tunggu dan saksikan aksi skuad negara hasil sentuhan Pan-gon.

Dalam pada itu, ucapan terima kasih juga harus diberikan kepada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) yang merealisasikan permintaan penyokong pada masa sama berusaha untuk meningkatkan kualiti bola sepak tanah air.