Latihan di kem kebangsaan berbeza dengan di kelab, jurulatih sentiasa mahukan lebih di sini – Fayadh Zulkifli

1,490

Pemain sayap negara, Fayadh Zulkifli mengakui latihan bersama pasukan kebangsaan adalah berbeza kerana ketua jurulatih, Kim Pan-gon mahukan lebih daripada para pemain.

Menurutnya, beliau teruja apabila mendapat panggilan Harimau Malaya buat kali pertama kerana dapat berlatih dengan ramai pemain yang bagus.


“Saya memang seronok dan gembira dapat panggilan ini kerana di sini ramai pemain yang terbaik.

Latihan di sini memang amat berbeza dengan di kelab kerana di sini jurulatih minta lebih daripada kami,”

katanya.

Beliau menganggap keyakinannya di atas padang merupakan antara kekuatan yang ada pada dirinya dan harap ia boleh membantu pasukan.

Dalam pada itu, beliau percaya fizikalnya yang kecil tidak akan menjadi penghalang buatnya untuk menjadi pemain yang baik.

“Mungkin saiz saya akan menjadi cabaran apabila berdepan dengan lawan yang lebih besar.

Tetapi saya tidak rasa ia menjadi penghalang untuk saya menjadi pemain yang terbaik.”

Sementara itu, beliau mengakui sedikit malu apabila bertemu rakan sepasukan di skuad kebangsaan buat kali pertama tetapi menurutnya semua pemain membantunya menyesuaikan diri dengan baik.

Katanya, ramai pemain yang rajin berkomunikasi dengannya terutamanya bekas rakan sepasukannya di Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad.