Walaupun tewas saya puas hati dengan persembahan pemain kerana berjuang sehabis baik – Hairul Nizar Nur Halim

209

Ketua jurulatih pasukan bola sepak wanita UPNM, Hairul Nizar Nur Halim menganggap rezeki tidak menyebelahi pasukannya selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada MBSJ pada perlawanan akhir FAS Women’s Super League sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun tetap berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi.


“Kita memang dah bersedia untuk perlawanan akhir ini dan dah jangka mungkin ada penentuan sepakan penalti tetapi tiada rezeki untuk jadi juara hari ini.

Saya sangat puas hati dengan para pemain, mereka telah tunjukkan komitmen tinggi untuk sampai ke tahap ini, kita juga sedia maklum bahawa MBSJ adalah satu pasukan yang berkualiti,”

katanya.

Beliau memuji persembahan Henrietta Justine dan menganggap keputusan perlawanan boleh menjadi lain sekiranya beliau mempunyai sokongan.

Sementara itu, Henrietta mengakui para pemain terkejut dengan serangan MBSJ menyebabkan mereka berjaya menjaringkan gol penyamaan.

“Kami agak terkejut kerana kami baru saja jaringkan gol dan mereka pula terus membalas semula.

Kami sudah lakukan yang terbaik tetapi bagi saya kami tidak bernasib baik.”

Mengenai kem latihan skuad kebangsaan, beliau berkata latihan yang dijalankan agak mencabar dan berintensiti tinggi.

Beliau mengakui pemain masih lagi belum bersedia dari segi kecergasan buat masa ini.