Skuad kali ini rasa lain dengan kehadiran pemain JDT – Darren Lok
Penyerang pasukan kebangsaan, Darren Lok merasai perbezaan skuad Harimau Malaya ketika ini dengan kehadiran pemain-pemain daripada Johor Darul Ta’zim (JDT)
Katanya, kehadiran pemain-pemain tersebut membawa impak positif dan memberi kualiti yang tinggi untuk pasukan.
“Sudah tentu pemain JDT yang datang dalam skuad kali ini akan membuatkan kualiti pasukan amat tinggi.
Skuad yang ada pada Piala AFF adalah skuad terbaik yang kita boleh kumpul, dan saya rasa kita telah lakukan dengan amat baik ketika itu,”
katanya.
Beliau berkata, perlawanan selepas ini menentang Hong Kong adalah penting buat beliau dan rakan-rakan untuk mendapatkan kemenangan.
Sementara itu, beliau merasakan persefahamannya dengan dua pemain naturalisasi baharu, Endrick dos Santos dan Paulo Josue ketika debut mereka menentang Turkmenistan sebelum ini adalah baik.
Beliau mengakui masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki dan berkata ia memerlukan masa untuk membentuk gandingan yang baik.
“Tak mudah untuk mereka kerana hanya sempat berlatih beberapa hari sahaja sebelum perlawanan, tetapi saya rasa mereka lakukan dengan baik.
Sudah tentu ada perkara yang perlu diperbaiki dan bagi saya lagi banyak perlawanan yang kami main bersama, kami akan mendapatkan persefahaman yang lebih baik.”
Dalam pada itu, beliau tidak kecewa tidak berjaya menjaringkan gol pada perlawanan menentang Turkmenistan sebelum ini.
Katanya, asalkan beliau dapat membantu pasukan dengan cara lain, beliau tetap gembira dengan sumbangannya di atas padang.