Osmera Omaro tak terkejut dengan hasil undia Piala Asia B-17
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan B-17 memberitahu beliau tidak terkejut dengan hasil undian Piala Asia B-17 2023 kerana sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Dalam majlis undian yang berlangsung sebentar tadi, skuad telah diundi dalam Kumpula A bersama tuan rumah Thailand, Yemen dan Laos.
“Selepas kita lihat undian tadi saya rasa kita tidak terkejut kerana kita bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Dalam kejohanan di peringkat ini tiada kumpulan yang mudah. Tuan rumah Thailand akan dapat tonik tambahan bermain di tempat sendiri, Yemen pula mereka mengharungi saingan kelayakan dengan cukup menakjubkan dan Laos memang pasukan yang akan buat mana-mana pasukan sukar dengan organisasi yang tersusun,”
katanya.

Tambahnya lagi, beliau melihat pasukannya akan berdepan laluan sukar namun yakin dengan kemampuan anak buahnya.
“Kalau kita dapat mana-mana kumpulan pun ia tetap sukar tapi dalam kumpulan ini kita mempunyai dua pasukan ASEAN (Asia Tenggara), jadi saya nampak kita mempunyai peluang.”
Piala Asia B-17 akan berlangsung di Bangkok, Thailand dari 15 Jun hingga 2 Julai 2023.