Memang mencabar berlatih ketika Ramadan, jurulatih tak kisah pasal ini yang penting datang latihan – Rauf Salifu

558

Pemain Selangor FC, Rauf Salifu mengakui bahawa berlatih ketika bulan Ramadan sedikit mencabar buat dirinya kerana berlangsung lebih lewat daripada kebiasaan.

Beliau berkata bahawa sebagai pemain mereka perlu menyesuaikan diri dengan situasi tersebut dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.


“Ketika Ramadan kami akan mula sesi latihan pada 10 malam selepas selesai berbuka, solat dan sebagainya.

Memang agak mencabar tetapi kita merupakan pemain bola profesional, jurulatih tidak kisah pasal semua ini yang penting anda datang sesi latihan kerana beliau juga ada sasaran untuk pasukan,”

katanya.

Sementara itu, beliau menyasarkan untuk menjaringkan lebih banyak gol selepas berjaya menjaringkan dua gol ketika bertemu Kelantan FC sebentar tadi.

Beliau jelas gembira apabila berjaya menjaringkan dua gol pada penampilan keduanya bersama kelab itu.

“Saya amat gembira, ini penampilan kedua saya dan saya dapat jaringkan dua gol, ini adalah hadiah hari jadi awal untuk saya.

Saya harap dapat teruskan lagi jaringkan gol selepas ini, saya ada sasaran tersendiri.”

Katanya, beliau mahu membantu Selangor mendapatkan piala pada musim ini dan mencapai sasaran yang diletakkan.