Kalau kahwin hari ini mesti ambil masa untuk ada anak, bukan kita tak nak menang – Datuk Lim Teong Kim
Ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim berharap penyokong dapat bersabar untuk melihat hasil yang cuba dibawa olehnya untuk pasukan itu.
Katanya, pemain-pemain yang ada ketika ini masih muda dan mereka perlu diberi ruang untuk belajar daripada kesilapan
“Memang kita nak menang bukan tak nak, saya minta penyokong untuk bersabar kerana mereka ini pemain muda, kalau anda kahwin mesti ambil masa untuk ada anak… Semuanya perlukan masa.
“Pemain perlukan masa, jika saya tak berikan mereka masa untuk bermain dengan pemikiran terbuka di mana mereka boleh buat kesilapan, jadi perkembangan mereka tak akan jadi, bola sepak semuanya tentang kesilapan,”
katanya.
Beliau berkata, para pemainnya sudah menunjukkan mentaliti kemenangan walaupun hanya berjaya meraih satu kemenangan dalam liga.
Jelasnya, mereka sentiasa menunjukkan semangat untuk bangkit setiap kali kalah dan ia adalah petanda mereka mempunyai mentaliti kemenangan.
“Mentaliti kemenangan bukanlah tentang kemenangan, para pemain saya semua sudah tunjukkan mentaliti kemenangan walaupun gagal dapatkan kemenangan.
Mereka tidak menyerah dan sentiasa bangkit pada perlawanan seterusnya dengan persembahan yang lebih baik, itulah mentaliti kemenangan, untuk mereka ini adalah bagus.”
Dalam pada itu, beliau meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan temubualnya selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini.
Jelasnya, beliau tidak pernah berniat untuk menghina dan memperkecilkan sesiapa, dan reaksinya pada temubual itu adalah kerana beliau tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh wartawan.