Kemasukan Lee Zii Jia dalam projek Road to Gold tak perlu dipertikaikan – Stuart Ramalingam
Penyelaras Projek Road to Gold (RTG), Stuart Ramalingam memberitahu bahawa kemasukan pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia dalam projek tersebut tidak perlu dipertikaikan.
Menurut Stuart, Zii Jia ketika ini merupakan pemain perseorangan nombor satu negara dan merupakan pemain yang berada di ranking keempat dunia.
“Saya rasa kemasukan Lee Zii Jia dalam RTG tidak perlu dipertikaikan kerana beliau adalah pemain badminton perseorangan nombor satu negara. Kita tahu kemasukan beliau ada historical occurrences yang mungkin berada dalam ingatan ramai.
Tetapi perkara itu sedang diselesaikan untuk memastikan peluang Zii Jia di Olimpik terbuka. Penglibatan Zii Jia atau mana-mana atlet profesional mendapat persetujuan daripada Presiden BAM (Persatuan Badminton Malaysia) sendiri iaitu Tan Sri Norza Zakaria yang mengemukakan nama-nama atlet ini untuk pastikan peluang diberikan kepada mereka,”
katanya.
Tambahnya lagi, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan badan induk badminton negara itu untuk program, fasiliti dan penglibatan pemain itu dalam mendapatkan rakan sparring yang berkualiti sekaligus memastikan Zii Jia mendapat sokongan penuh.
Dedah Stuart lagi, pihaknya juga akan mengadakan lagi perbincangan lanjutan dengan pemain badminton negara itu selepas pemain itu pulang dari kejohanan luar negara.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan atlet-atlet yang terpilih untuk menyertai RTG tidak boleh berasa selesa atau ‘selamat’, sebaliknya kesemua atlet yang terpilih akan dinilai setiap beberapa bulan bagi memastikan mereka berada pada prestasi terbaik.
“Kita akan laksanakan penilaian berkala untuk memastikan atlet-atlet dalam RTG komited dan pamer aksi terbaik. Bukan masuk RTG lepas itu relax.
Kita bukan sahaja akan menggugurkan atlet yang tidak pamer prestasi terbaik, tapi kita juga akan memasukkan atlet-atlet bar uke RTG sekiranya mereka mempamerkan prestasi terbaik.”
Jelasnya lagi, setiap atlet yang diserap masuk ke program RTG perlu menandatangani perjanjian komitmen supaya objekif negara untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik dapat direalisasikan.