Daddyhood mohon maaf pada peminat atas prestasi kurang baik Soloz

1,467

Pengasas pasukan e-sports Homebois iaitu Daddyhood memohon maaf kepada peminat atas prestasi kurang baik dalam perlawanan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL Malaysia) baru-baru ini.

Menurut Daddyhood, selepas tiga tahun Soloz meninggalkan saingan liga profesional, mungkin beliau masih belum betul-betul solid.


“Pada saya Soloz sudah meninggalakn liga profesional selama tiga tahun, jadi mungkin dia belum betul-betul solid. Dia mungkin bersedia tapi belum solid.

Cuma saya bagi pihak dia ingin memohon maaf juga kerana mungkin peminat meletak harapan terlalu tinggi,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau bagaimanapun menyuarakan keyakinan bahawa prestasi Soloz akan kembali kepada prestasi sebenar beliau dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, Soloz telah mengejutkan dunia e-sports tanah air apabila Homebois mengumumkan nama beliau sebagai salah seorang pemain Homebois baru bagi musim ke-11.

Daddyhood pada masa sama turut menjelaskan bahawa beliau akan menyerahkan urusan pemain mana yang akan diturunkan atau tidak sepenuhnya kepada barisan kejurulatihan Dale dan Saiful.

Dalam pada itu, beliau juga tidak bimbang dengan prestasi pasukannya ketika ini kerana mereka sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan play-off.

“Sebenarnya kita hari ini nothing to lose sebab kita dah berjaya tempah slot jadi saya tidak rasa tertekan sangat sebab mereka datang hari ini untuk enjoy. Memang pada perlawanan pertama ada kesilapan mudah dilakukan tapi kita berjaya bagi jawapan pada perlawanan kedua dan ketiga.”

Sementara itu, Daddyhood juga mengumumkan berita gembira buat peminat Homebois apabila beliau berkata akan meriliskan 300 helai jersi dengan harga RM1 sahaja sekiranya mereka berjaya menjuarai MPL MY musim ini.

“Ya betul, baju RM1 tu memang akan dibuat sekiranya kami berjaya menjuarai MPL MY musim ini, insyaAllah.”