Malaysia negara ketiga paling sedikit terima dana FIFA di ASEAN

1,649

Agak mengejutkan apabila mendapat tahu bahawa negara Malaysia merupakan negera ketiga yang menerima dana sedikit daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk pasukan di rantau Asia Tenggara (ASEAN).

Dibawah Program FIFA Forward, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima dana berjumlah RM34.4 juta (USD7,785,135).


Jumlah dana tersebut disalurkan untuk kegunaan badan induk bola sepak negara dengan sebanyak 50% daripada dana tersebut yang berjumlah RM9.44 juta (USD2,134,135) sudah pun diluluskan.

Dana tersebut akan digunakan untuk pembangunan infrastruktur seperti projek ibu pejabat, dua projek padang dan projek bola sepak pantai/kompleks futsal.

Melihat kepada perkembangan bola sepak negara ketika ini, jumlah yang diterima oleh FAM boleh disifatkan sebagai ‘sedikit’ jika hendak dibandingkan dengan negara jiran lain seperti Filipina, Brunei, Kemboja dan juga Thailand.

Filipina menjadi negara yang menerima dana tertinggi iaitu sebanyak RM50.32 juta (USD11,387,207) manakala Brunei pula menerima dana sebanyak RM48.26 juta (USD10,921,174).

Jika hendak mengatakan dana yang banyak diberikan kepada negara yang sedang membangunkan bola sepak, mengapa Thailand yang sudah lebih maju di ASEAN turut menerima dana yang besar iaitu sebanyak RM41.37 juta (USD9,361,226)?

Kemungkinan besar Thailand mendapat dana yang besar berikutan liga mereka antara yang terawal menggunakan teknologi VAR (video assistant referee). Mungkin Malaysia juga akan menerima jumlah dana yang sama sekiranya mempunyai VAR.

Dalam pada itu, mungkin ini masanya untuk Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menggunakan pengaruhnya untuk cuba mendapatkan tambahan dana daripada FIFA kerana beliau juga merupakan Ahli Majlis FIFA dan sering mengadakan pertemuan dengan Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino.

Bola sepak Malaysia kini berada di landasan terbaik apabila ranking pasukan Harimau Malaya kini sudah naik kepada 138 dunia selepas mengecapi beberapa kejayaan sejak dibawah kendalian Kim Pan-gon.

Apa pun kita harapkan yang terbaik buat Hamidin untuk terus memacu bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Berikut adalah senarai lengkap penerima dana FIFA:

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ญ Filipina RM50.32 juta (USD11.387.207)

๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ณ Brunei RM48.26 juta(USD10.921.174 )

๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ Kemboja RM46.17 juta (USD10.448.933)

๐Ÿ‡ฑ๐Ÿ‡ฆ Laos RM44.85 juta (USD10.150.267)

๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ Thailand RM41.37 juta (USD9.361.226)

๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ Vietnam RM39.82 juta (USD9.011.100)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ฒ Myanmar RM40.11 juta (USD9.077.694)

๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Indonesia RM37.32 juta (USD8.445.000)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia RM34.4 juta (USD7.785.135)

๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ Singapura RM27.07 juta (USD6.125.000)

๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ฑ Timor Leste RM27.78 juta (USD6.286.325)