Kalau kita cakap tapi tak dapat tunaikan mesti kena punya, lebih baik buat dulu – Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Pemain badminton beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik enggan meletakkan tekanan buat diri mereka untuk menjuarai kejohanan Malaysian Masters 2023 dan hanya mahu fokus memberikan aksi terbaik pada kejohanan itu.
Mereka berkata bahawa kejohanan itu adalah penting buat mereka kerana ia kejohanan pertama yang menawarkan mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.
“Bagi kita dalam tempoh kelayakan ini semua kejohanan yang kita sertai adalah penting jadi kita harap boleh kekalkan prestasi baik dengan konsisten.
Tapi nak cakap memang susahlah sebab kalau kita cakap lepas tu tak dapat tunaikan pun mesti kena punya, jadi lebih baik buat dahulu baru cakap,”
katanya.
Dalam pada itu, mereka berharap bahawa penyokong tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada para pemain pada kejohanan Badminton Asia Championship (BAC) akan datang.
Mereka berkata mahu fokus menghadapi semua kejohanan satu persatu kerana banyak lagi kejohanan yang menanti selepas ini.
Sementara itu, mereka berkata sepanjang sebulan ini, mereka telah banyak memperbaiki dari segi taktikal dan skil.
“Dalam tempoh sebulan ini banyak yang kita sudah perbaiki dari segi skil dan juga taktikal, serta jadikan kita lebih serasi untuk bermain dengan lebih pantas.
Kita harap latihan yang kita sudah lakukan dalam sebulan ini berbaloi untuk kejohanan BAC nanti.”
Mereka berkata bahawa, teknologi simulasi video yang baru diperkenalkan dalam sesi latihan amat bagus dalam memperbaiki permainan mereka dan mampu memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.