‘Mummy’ Goh Liu Yong akhirnya bakal jadi seorang ibu

2,291

Bekas jaguh badminton beregu campuran negara, Goh Liu Ying memberi bayangan bahawa beliau sedang berbadan dua melalui satu hantaran Instagram.

Beliau memuatnaik beberapa gambar romantik bersama seorang jejaka dengan kapsyen “Bertemu dengan orang yang tepat pada waktu yang tepat” diikuti dengan “1+1=3”.


Ruangan komen dibanjiri oleh ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakannya yang turut bergembira apabila atlet yang dikenali dengan nama panggilan ‘mummy’ itu akhirnya benar-benar akan menjadi seorang ibu.

Awal tahun ini, beliau telah mengumumkan persaraannya sebagai pemain profesional selepas kejohanan Malaysia Open, dengan karier yang amat membanggakan.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 banyak kali mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dengan pelbagai kejuaraan dan rekod yang dicatatkan.

Selepas 15 tahun menabur bakti untuk Malaysia di gelanggang, beliau akhirnya kini boleh fokus terhadap urusan peribadinya termasuklah membina keluarga.

Pastinya ramai peminat yang ingin mengetahui siapakah jejak bertuah itu dan sudah tidak sabar untuk melihat cahaya mata pertama beliau.

Siapa tahu satu hari nanti darah badminton yang dimiliki oleh Liu Ying akan turut diwarisi oleh anaknya, dan menjadi seorang jaguh badminton juga.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Liu Ying dan pasangan beliau atas berita gembira ini, dan diharapkan hubungan mereka akan berkekalan hingga ke akhirnya.