Penghormatan Pele bertukar jadi bahan jenaka

852

Acara yang dirancang sebagai penghormatan buat lagenda bola sepak Brazil, Pele bertukar menjadi kontroversi apabila ia menjadi bahan jenaka peminat bola sepak di seluruh dunia.

Penghormatan terhadap pemenang tiga kali Piala Dunia itu dilakukan pada perlawanan akhir Campeonato Pernambucano di antara Retro dan Sport Recife menyaksikan patung Pele berketinggian 12 kaki itu masuk ke padang sebelum sepak mula.


Bagaimanapun menurut laporan dari media antarabangsa, peminat terkejut melihat kelibat tangan di bahagian kemaluan patung (a hand for a penis) tersebut dan menjadi topik hangat dalam kalangan peminat.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah individu yang memakai kostum Pele masuk ke tengah padang sebelum menyepak bola kepada pemain dan keluar padang.

Bagaimanapun ketika patung tersebut berjalan keluar dari padang, individu di dalam kostum tersebut mengeluarkan tangannya untuk melambai dan memberi ‘thumbs up’ di bahagian zip seluar.

Susulan insiden tersebut, acara itu menjadi sebutan peminat di seluruh dunia yang rata-ratanya menjadikan ia sebagai bahan jenaka selain ada yang menyifatkan patung Pele sebagai menakutkan.

Tidak dapat dinafikan apa yang cuba dilakukan oleh mereka adalah satu inisiatif yang cukup baik untuk memberi penghormatan buat lagenda bola sepak di negara mereka, tetapi cara yang dilakukan itu tidak betul dan umpama tidak menghormati langsung Pele.

Pihak yang merancang acara ini perlu bertanggungjawab dan mungkin tampil membuat permohonan maaf kepada keluarga mendiang dan juga peminat atas insiden tersebut.

Insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan memberi impak yang cukup besar kerana Pele bukan sahaja lagenda bola sepak di Brazil, tetapi juga lagenda bola sepak dunia yang mana ramai pemain bola sepak terkenal dunia menjadikan beliau sebagai idola.

Oleh itu, diharap selepas ini insiden seperti ini tidak lagi berulang dan jika masih ada pihak yang ingin melakukan acara penghormatan, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul.