Ratu pecut Zaidatul Husniah digugurkan

859

Majilis Sukan Negara (MSN) telah menggugurkan seramai 144 atlet daripada program latihan kebangsaan untuk mengurangkan kos elaun latihan para atlet negara.

Jelas MSN, tindakan ini terpaksa diambil kerana kekurangan dana untuk disalurkan kepada atlet. Kini, negara lebih mengutamakan terhadap usaha memulihkan ekonomi negara setelah wabak COVID-19 ini melanda.


Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli merupakan diantara senarai atlet yang bereputasi besar digugurkan oleh MSN.

Berdasarkan rekod, Zaidatul merupakan satu-satunya atlet Malaysia yang beraksi di Sukan Olimpik Rio pada 2016 lalu untuk acara balapan.

Selain itu, Zaidatul juga merupakan pemegang rekod negara bagi acara lari pecut 100 meter kategori wanita.

Sumber Foto : Zaidatul Husniah

Malahan, beberapa nama besar yang turut digugurkan adalah pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 acara jalan kaki 10,000 meter iaitu Elena Goh Ling Yin serta pelari pecut lelaki Nixson Kennedy dan Muhammad Aqil Yasmin.

Di samping itu, MSN turut mengumumkan kadar baru elaun latihan kepada para atlet yang masih bersama MSN.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik akan menerima elaun sebanyak RM7,500 manakala bagi pemenang pingat perak pula mendapat RM7,000 dan pingat gangsa mendapat sebanyak RM6,000.

Bagi Sukan Asia dan Sukan Komanwel pula, pemenang emas akan menerima RM4,500 pingat perak RM4,000 dan pingat gangsa RM3,500.

Akhir sekali untuk pemenang emas Sukan SEA menerima RM2,000 sementara pingat perak dan gangsa mendapat elaun sebanyak RM800.