Kita memang dah ramal menang 2-1 lawan RED Esports, cuma tak tahu ‘game’ mana yang akan kalah – Daddyhood
Pengasas HomeBois, Daddyhood mengakui sudah menjangkakan kemenangan 2-1 pasukannya ke atas RED Esports pada pusingan suku akhir upper bracket MPL MY musim ke-11 sebentar tadi.
Katanya, perkara itu berlaku sama seperti ketika menentang RED Esports pada minggu keenam regular season, yang menyaksikan keputusan sama 2-1.
“Untuk perlawanan ini kita memang ramal akan menang dengan keputusan 2-1, cuma tak tahu pada perlawanan mana kita akan kalah.
Bagi saya perlawanan pertama itu kita bermain bukan seperti gaya permainan biasa kita, dan kita bangkit pada perlawanan kedua seterusnya mendominasi pada perlawanan ketiga,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Katanya, selepas tewas pada perlawanan pertama, beliau ada bertemu dengan para pemain untuk memberi motivasi kepada mereka dan ia akhirnya mendatangkan hasil.
Sementara itu, Daddyhood menganggap tindakannya yang sentiasa memberikan diskaun untuk barangan cenderahati pasukan itu sebagai salah satu cara untuk bersedekah kepada komuniti.
Katanya, soal untung tidak menjadi masalah kerana beliau telah mendapat untung lebih awal, justeru tidak kisah sentiasa memberi potongan harga buat peminat.
“Untung kita dah buat awal, jadi ini lebih kepada zakat kepada komuniti. Kita pun dah mula berikan diskaun daripada tadi lagi, ada juga kita bagi baju kepada orang ramai,”
HomeBois menempah tempat ke pusingan separuh akhir upper bracket untuk bertemu pasukan SMG esok yang dijangka bermula pada pukul 3 petang.