Adam Norrodin terlepas MotoGP

252

Pelumba motorsikal negara, Adam Norrodin bakal terlepas untuk beraksi di Kejuaraan Dunia MotoGP setelah kontraknya bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak disambung sekali gus menyebabkan beliau tidak beraksi di Kejuaraan CEV Moto2 pada musim hadapan.

Adam yang berlumba mewakili pasukan Liqui Moly Instact SIC turut berdepan beberapa masalah mencari penaja dan pasukan baru bagi meneruskan usahanya dalam karier sukan permotoran ini.


Adam yang baru sahaja dimaklumkan tentang kontraknya tidak akan dibaharui setelah semua pasukan telah mempunyai perancangan dan pelumba bagi musim 2022.

Adam diketepikan selepas prestasinya dinilai sepanjang musim 2021 tidak mencapai tahap yang diinginkan oleh pasukan.

Sepanjang penyertaannya dalam perlumbaan CEV Moto2, Adam berjaya mengumpul sebanyak 97 mata keseluruhannya.

Susulan daripada itu, Adam tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya terus mencari pasukan yang masih tiada pelumba atau pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Seperti semua tahu, Adam telah berkimpung dalam dunia permotoran ini sejak berumur 16 tahun jadi beliau tidak mahu perjalanannya terhenti disini sahaja.

Sumber Foto : Liqui Moly Instact SIC

Walaupun impian untuk beliau beraksi dalam MotoGP sudah tiada, namun Adam juga dikatakan sedang mencari pentas perlumbaan yang lain supaya membolehkannya terus beraksi.

Antara kejohanan yang beliau bakal sertai selepas ini adalah di pentas Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) pada musim hadapan.