Kalau TMJ tak dedah tentang hutang, tiadalah orang tahu MFL berhutang dengan JDT
Isu mengenai hutang pengendali Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) terhadap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini selepas presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan mengakui bahawa badan itu ada berhutang wang kemenangan pada musim 2020.
Katanya, penangguhan itu telah dipersetujui oleh pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri dan pembayaran hutang itu dijangka akan selesai pada tahun ini.
Walaupun tidak diketahui jumlah sebenar hutang yang masih belum selesai itu dan tarikh ia akan diselesaikan oleh pihak MFL sepenuhnya.
Tindakan yang dilakukan oleh TMJ memberitahu tentang hutang tersebut secara tidak langsung membuatkan peminat bola sepak tempatan tahu perkara sebenar dan sedar akan situasi antara JDT dan MFL.
Sebagai entiti yang turut melabur untuk bola sepak tempatan, peminat juga berhak tahu tentang perkara ini.
Sekurang-kurangnya, peminat tahu apa sedikit sebanyak apa yang berlaku dalam arena bola sepak tempatan kerana kebiasaannya perkara melibatkan jarang didedahkan kepada umum.
Sebagai pihak yang memberi hutang, adalah normal untuk meminta semula hutang, lebih-lebih lagi sekiranya jumlah hutang tersebut adalah banyak.
Jadi, tidak boleh menyalahkan TMJ mendedahkan perkara itu kepada umum, kerana baginda mungkin hanya mahukan hutang itu diselesaikan.
Dengan wang hutang tersebut, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh JDT untuk perbelanjaan kelab itu.