Sonny Bill Williams pilih Malaysia sebagai destinasi seterusnya

962

Lagenda ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams baru-baru ini telah menjadi bualan ramai netizen selepas beliau memuat naik satu ciapanyang memuji kelakuan sopan tiga kanak-kanak dari Malaysia yang bertemunya di Kota Madinah, Mekah.

Dalam tulisnya di Twitter miliknya itu, beliau kagum dengan sikap ketiga-tiga kanak-kanak itu yang menyapanya untuk bergambar kemudian menyalam sambil menunduk dan menyentuh dahi ke tangannya.


Tindakan kanak-kanak tersebut nyata menyentuh hati lagenda All Blacks itu memuji akhlak terpuji mereka.

Postingnya itu mendapat maklum balas daripada pengikutnya dari Malaysia yang memaklumkan bahawa tindakan kanak-kanak tersebut adalah adab dan budaya yang diterapkan apabila bertemu dengan orang yang lebih tua daripada mereka.

Susulan itu, bekas pemain ragbi berusia 37 tahun itu telah menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi destinasi seterusnya untuk percutian bersama keluarganya.

Ciapannya itu nyata mencetuskan keterujaan ramai terutamanya peminat sukan ragbi di Malaysia yang majoritinya menjadikan beliau sebagai idola.

Sepanjang karier Williams, beliau telah berjaya memperoleh pelbagai kejayaan baik berpasukan dan juga individu termasuk pernah menjuarai Piala Dunia Ragbi sebanyak dua kali untuk New Zealand.

Dalam pada itu, jika benar beliau akan ke Malaysia mungkin beliau dapat bertemu semula dengan bekas rakan sepasukannya Rodney So’oialo yang kini merupakan ketua jurulatih pasukan kebangsaan ragbi Malaysia.

Mungkin So’oialo boleh menggunakan hubungan baiknya dengan Williams untuk meluangkan sedikit masa untuk mengadakan klinik ragbi di Malaysia yang mana ia pastinya akan mendapat sambutan memberangsangkan.