Harap kemasukan Hirata Neto dapat selesaikan kelemahan kami untuk jaringkan gol – Yazid Kamaruzuan

180

Kapten Selangor TOT United, Yazid Kamaruzuan berharap kemasukan pemain import daripada Jepun, Antonio Massanori Hirata Neto dapat membantu pasukan itu menjaringkan lebih banyak gol.

Beliau akui bahawa pasukannya berdepan kesukaran untuk menjaringkan gol dan kehadiran pemain seperti Hirata yang mempunyai reputasi yang tinggi pasti dapat menyelesaikan masalah itu.


“Memang kelemahan kita adalah untuk jaringkan gol jadi dengan kehadiran Hirata yang merupakan penjaring terbanyak di Jepun dan bermain di Piala Dunia diharap dapat membantu.

Dalam masa yang sama kita juga mahu belajar daripada beliau dan harap beliau dapat membimbing pasukan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Katanya dengan kehadiran ramai pemain import dalam pasukan itu musim ini, ditambah dengan jurulatih dari Thailand, ia dapat membantu perkembangan pemain-pemain muda tempatan.

Beliau mengakui masih terdapat kelemahan dalam pasukan tetapi mereka sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu dari semasa ke semasa.

“Setakat ini semuanya di landasan yang baik, ada naik turun tetapi yang buatkan kami satu hati adalah kami ambil input daripada jurulatih dan pada masa yang sama beliau juga mahukan input daripada kami.

Selepas ini kami tidak boleh lepaskan mata untuk capai sasaran pasukan, jadi harus terus menunjukkan peningkatan.”

Tambahnya, mereka tidak mahu membuktikan kemampuan pasukan itu kepada sesiapa pun tetapi diri mereka.

Justeru, mereka harus memperbaiki segala kesilapan yang dilakukan sebelum ini dan mengkaji lawan mereka sebelum setiap perlawanan.