Bahang Piala Asia semakin dirasai Ekor Harimau Malaya

1,556

Seluruh peminat bola sepak di Asia kini akan sekali lagi tertumpu kepada undian akhir Piala Asia 2023 di Doha, Qatar pada 11 Mei ini bagi menentukan kumpulan untuk setiap pasukan yang bertanding.

Memetik laporan dari AFC, majlis undian tersebut akan berlangsung di Katara Opera House yang mana ia akan bermula pada pukul 2.00pm waktu tempatan dan akan disiarkan secara langsung di laman YouTube rasmi AFC dan juga laman Facebook.


Selepas kelayakan yang penuh dramatik selama tiga tahun, sebanyak 24 pasukan berjaya layak ke pusingan akhir Piala AFC 2023 yang akan memulakan sepak mula pada 12 Januari 2024.

24 pasukan yang layak akan dibahagikan kepada empat Pot dengan setiap satunya mempunyai enam pasukan yang disusun mengikut FIFA ranking yang terkini.

Kesemua pasukan akan dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu Kumpulan A hingga F dengan setiap kumpulan mempunyai empat pasukan.

Berikut adalah senarai penuh pasukan dari Pot 1 hingga 4:

Pot 1: Qatar, Japan, Islamic Republic of Iran, Korea Republic, Australia, Saudi Arabia

Pot 2: Iraq, United Arab Emirates, Oman, Uzbekistan, China PR, Jordan

Pot 3: Bahrain, Syria, Palestine, Vietnam, Kyrgyz Republic, Lebanon

Pot 4: India, Tajikistan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, China and Indonesia

Qatar diumum sebagai tuan rumah pada Oktober lalu akan menjadi negara pertama yang menjadi tuan rumah buat kali ketiga selepas edisi 1988 dan 2011.

Untuk edisi Qatar bukan sahaja menjadi tuan rumah, tetapi juga berdepan misi besar iaitu mahu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada tahun 2019.

Dalam pada itu, untuk edisi kali ini akan menyaksikan Tajikistan menjadi pasukan ke-36 membuat debut di Piala AFC selepas berjaya menewaskan Singapura pada kelayakan ketika.

Hanya tiga pasukan dari 23 pasukan tidak terlibat dalam edisi 2019 di UEA iaitu Malaysia, Hong Kong dan Indonesia.

Kali terakhir Harimau Malaya dan Garuda beraksi di Piala Asia adalah pada 2007 di mana mereka merupakan tuan rumah bersama ketika itu.

Sementara itu, ini adalah penyertaan ke-15 pasukan Iran dan Korea Selatan di Piala Asia. Iran merupakan pasukan paling banyak bermain di pusingan akhir dengan 68 perlawanan dan merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya menjulang trofi sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada 1968, 1972 dan 1976.

Manakala Jepun kekal sebagai pasukan paling berjaya di Piala Asia apabila sudah berjaya memenanginya sebanyak empat kali.

Bagi peminat Malaysia, pastinya ramai yang tidak sabar untuk melihat pasukan manakah yang akan menjadi lawan pasukan kesayangan mereka nanti kerana rata-rata peminat berharap skuad kendalian Kim Pan-gon dapat berada dalam satu kumpulan bersama gergasi Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.