Punya ruang solat selesa buat muslimah, SSI berada di kelas tersendiri
Stadium Sultan Ibrahim (SSI) rumah kepada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan stadium terbaik di Malaysia dan antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara.
Dengan mempunyai kapasiti 40,000, SSI adalah dibina untuk mempunyai suasana seperti stadium di Eropah dan sangat menakjubkan.
SSI mempunyai pelbagai kemudahan dan fasiliti lengkap untuk peminat-peminat yang hadir untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
Ruang solat wanita di Stadium Sultan Ibrahim, Alhamdulillah sangat cakna berkenaan isu ini dan paling saya suka, pintu masuk ada dua lapis.
— Southern Roar 🐯 (@NorphGun) May 8, 2023
Pada bukaan pintu pertama nampak kasut dan daun pintu kedua, melindungi jemaah muslimat yang sedang membuka aurat utk urusan solat https://t.co/xZ1xSzhGBh pic.twitter.com/2pOuxMk3ji
Terbaru, SSI menjadi perhatian dan mendapat pujian peminat apabila mereka menyediakan ruangan solat yang cukup selesa untuk golongan muslimah.
Ini kerana selalunya ruangan solat di dalam stadium selalunya kecil dan selalunya sukar untuk golongan muslimah untuk solat kerana tiada ruangan yang cukup.
Tidak mahu golongan muslimah tidak dapat mengejarkan ibadat solat, SSI turut menyediakan ruangan solat yang cukup luas dan selesa sekaligus dapat menampun jumlah yang ramai dalam satu masa.
Ruangan solat lelaki pula pintunya sangat dekat dengan pintu masuk ke tempat duduk stadium. Ada ruang luas yang berfungsi sebagai tempat menampung manusia beratur untuk masuk ke tempat duduk dan berfungsi ganda sebagai ruang tambahan untuk jemaat muslimin. pic.twitter.com/iDGfj1R06e
— Southern Roar 🐯 (@NorphGun) May 8, 2023
Ini adalah satu tindakan yang harus dijadikan contoh kepada pengurusan stadium-stadium di Malaysia kerana ia dapat menarik lebih ramai peminat daripada golongan wanita untuk turun ke stadium sekaligus dapat memeriahkan perlawanan bola sepak.
Oleh itu, kita harapkan dengan perkongsian peminat mengenai perkara ini dapat membuka mata kelab-kelab lain untuk turut sama memberi perhatian kepada isu yang dibangkitkan peminat kerana majoriti peminat bola sepak tanah air adalah daripada orang Melayu Islam.
Jadi apa salahnya kelab melabur untuk sediakan kemudahan ruangan solat yang lebih selesa.