Sao Sokha buat ‘u-turn’ batal hasrat letak jawata sebagai Presiden FFC

187

Presiden Persekutuan Bolasepak Kemboja (FFC), Sao Sokha telah membuat pusingan U selepas menarik balik keputusan untuk meletak jawatan sebagai presiden selepas Perdana Menteri, Hun Sen masuk campur.

Susulan diminta untuk kembali menerajui badan induk bola sepak negara itu, Soa Sokha telah bersetuju dan telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus berkhidmat.


Terdahulu, beliau telah mengejutkan dunia bola sepak Kemboja apabila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden selepas skuad B-22 Kemboja gagal melangkah ke separuh akhir Sukan SEA 2023.

Beliau mengambil tindakan itu kerana berasa malu apabila mereka sebagai tuan rumah gagal untuk melangkah jauh dalam acara bola sepak lelaki.

Ternyata setelah memimpin FFC, Soa Sokha dikatakan telah membawa perubahan peningkatan prestasi pasukan kebangsaan dan Hun Sen mahu beliau meneruskan kerjanya kerana percaya bola sepak negara itu akan menjadi lebih baik.

Sementara itu, situasi sama juga berlaku dalam kancah bola sepak Malaysia apabila pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris juga pernah membuat pengumuman mengejut melepaskan jawatannya dalam kelab.

Beliau membuat keputusan itu kerana mahu memberi fokus pada tanggungjawab dan komitmen yang lain.

Namun tidak lama kemudian, TMJ kembali dengan tugasnya dalam kelab itu selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meminta anakandanya terus kekal sebagai dalam pengurusan kelab Harimau Selatan.