Liga Super patutnya sama taraf dengan League One, lebih baik dari Liga 1 Indonesia

2,052

Baru-baru ini, terdapat satu hantaran dari laman Twitter Asian Football Analysis Zone yang membandingkan liga-liga bola sepak di dunia yang setaraf dengan Liga Super Malaysia.

Menurut hantaran tersebut, liga yang sama taraf dengan Liga Super antaranya adalah divisyen keempat Perancis, Championnat National 2; divisyen kedua Arab Saudi, Saudi First Division League; dan divisyen keempat Brazil, Brazil Serie D.


Tetapi terdapat dua liga yang menjadi perhatian peminat-peminat bola sepak negara, iaitu EFL League 2 dari England dan Liga 1 Indonesia.

Namun, tidak keterlaluan sebenarnya sekiranya dikatakan bahawa tahap Liga Super sebenarnya lebih tinggi daripada kedua-dua liga itu.

Jika ingin dibandingkan dengan liga bola sepak di England, mungkin tahap Liga Super boleh disamakan dengan EFL League One, iaitu divisyen ketiga negara itu, dan sudah tentu Liga Super berada di satu tahap yang lebih baik daripada Liga 1 Indonesia.

Ia boleh dibuktikan dengan pencapaian wakil negara dalam pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Di peringkat AFC Asian Champions League (ACL), Malaysia mempunyai JDT sebagai wakil dan pernah melayakkan diri ke peringkat 16 terakhir.

Di peringkat Piala AFC pula, KL City FC merupakan naib juara edisi lalu, dan mereka juga merupakan juara zon ASEAN menewaskan pasukan Indonesia, PSM Makassar.

Liga Super juga pernah menarik banyak pemain yang pernah bermain untuk kelab-kelab besar Eropah, contohnya Pablo Aimar dan El Hadji Diouf, dan yang terbaru dikhabarkan pemain terkemuka Colombia, Radamel Falcao.

Walaupun sentiasa diselubungi oleh banyak kontroversi seperti masalah tunggakan gaji, tidak dapat dinafikan kualiti yang ada pada Liga Super adalah baik.