Dua orang Asia menang anugerah di PFA Scotland Awards

129

Baru-baru ini, Anugerah PFA Scotland 2023  telah diadakan dan kebanyakan anugerahnya dimenangi oleh pemain dan pengurus Celtic.

Tetapi ada dua penghormatan yang dimenangi oleh orang Asia yang menarik perhatian ramai peminat bola sepak Asia.


Pengurus terbaik tahun ini dimenangi oleh Ange Postecoglou, jurulatih dari Australia ini telah memenanginya buat kali kedua berturut-turut selepas memimpin Celtic dalam kempen yang hebat di Liga Perdana Scotland sebagai juara musim ini sejak datang dari Yokohama F-Marinos pada tahun 2021.

Penghormatan seterusnya yang juga dimenangi oleh seorang Asia adalah pemain terbaik Scottish Premier League (SPL), Kyogo Furuhashi.

Furuhashi kini menjadi orang Jepun kedua yang memenangi anugerah itu sejak Shunsuke Nakamura pada tahun 2007, beliau layak untuk memenangi anugerah itu, kerana impaknya sebagai penyerang musim ini yang sumbangkan Celtic untuk menjadi juara liga tahun ini.

Beliau datang ke Celtic dari kelab J1 League, Vissel Kobe pada tahun 2021 dan pada musim ini dia benar-benar bersinar sebagai antara penyerang terbaik dalam liga musim ini dan dia kini masih penjaring terbanyak di SPL musim ini.

Dia menjaringkan 24 gol dalam liga dengan goal ratio 0.99 setiap 90 minit yang agak menakjubkan kerana goal ratio Furuhashi sama baiknya dengan Haaland dengan goal ratio 1.21 setiap 90 minit.

Dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang Asia, ia menunjukkan dan membuktikan bahawa pemain dan pengurus dari Asia juga mempunyai kualiti dan keupayaan untuk bersaing di peringkat tertinggi bola sepak dunia jika diberi peluang dan platform yang tepat.

Pencapaian mereka berdua harus memberi inspirasi kepada semua peminat bola sepak muda Asia pada masa akan datang and berharap akan ada banyak lagi pemain-pemain dari Asia yang boleh bersinar di peringkat tertinggi bolasepak.