Laos buat persediaan rapi menjelang Piala Asia B-17, harap skuad negara juga rangka persiapan yang mantap
Menjelang Kejohanan Piala Asia B-17 yang akan berlangsung bulan depan, banyak pasukan yang sudah mula melakukan persiapan bagi menghadapi saingan tersebut.
Antara pasukan yang dilihat sudah mengumpulkan para pemain adalah Laos, yang ini berada di Qatar sejak 15 Mei lalu dan dikhabarkan akan berada di sana sehinggalah 6 Jun.
Laos membawa sejumlah 35 pemain untuk menjalani kem latihan di sana, yang ditaja oleh Persekutuan Bola Sepak Qatar (QFA).
Mereka adalah antara lawan yang akan ditemui oleh Malaysia dalam kejohanan itu, apabila diundi dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah, Thailand dan Yaman.
Dengan persiapan rapi yang dilakukan oleh Laos itu, di fasiliti berkelas dunia di Qatar, pasukan Malaysia di bawah kendalian Osmera Omaro harus berjaga-jaga dengan kemampuan mereka.
Skuad B-17 kebangsaan pula hanya akan mula berkumpul untuk kem latihan pusat bermula 21 Mei 2023 hingga 12 Jun 2023.
Mereka akan memulakan latihan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dari 21 hingga 30 Mei ini sebelum meneruskan latihan di Wisma FAM, bermula 31 Mei 2023.
Setakat ini, tiada pengumuman sama ada skuad B-17 negara akan mengadakan perlawanan persahabatan di dalam atau luar negara bagi persiapan sebelum ke kejohanan itu.
Selain Laos, Thailand juga kini sedang giat melakukan persediaan rapi menjelang kejohanan itu, baru sahaja selesai perlawanan persahabatan dengan pasukan Korea Selatan yang menyaksikan mereka tewas 3-0.
Mereka juga bakal menjadi lawan yang sukar buat anak-anak buah Osmera di samping Yaman.
Dengan persiapan rapi yang dilakukan oleh pasukan lain, Malaysia juga tidak boleh terkecuali daripada melakukan perkara yang sama untuk memastikan peristiwa pulang awal pada edisi 2018 berulang, di mana Malaysia ketika itu menjadi tuan rumah.
Sebelum ini, Malaysia telah menjalani kem latihan di Akademi Aspire di Qatar dan enam perlawanan persahabatan di sana.
Adalah baik sekiranya FAM dapat merangka beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan berkualiti sebelum bermulanya kejohanan itu.
Jika hanya kem latihan sahaja menjadi persiapan untuk kejohanan itu, bimbang para pemain tidak akan bersedia untuk perlawanan kompetitif.