Lakukan banyak perubahan dalam KFA, usaha Sanusi bawa KFA ke jalan yang benar wajar dicontohi
Sejak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dipilih kembali sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), beliau telah membuat banyak perubahan yang membantu membina semula persatuan itu.
Walaupun KFA akan mencecah usia 100 tahun tahun depan, Sanusi percaya persatuan itu masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikannya tidak kembali ke zaman kegelapan seperti dulu.
Beliau mahu KFA menjadi lebih maju ke hadapan dan mempunyai visi dan misi yang selari dengan etos kelab.
Beliau telah memainkan peranan yang penting sebagai dengan baik dan telah menunjukkan keupayaan untuk menguruskan persatuan bola sepak dan memastikan kemajuan KFA berada di landasan yang betul.
Sanusi juga berkata beliau memperbaiki semula struktur KFA dan membendung segala unsur rasuah atau salah guna kuasa dalam persatuan itu.
Selain itu, di bawah kepimpinannya, KFA juga akhirnya telah membina bangunan sendiri yang dipanggil ‘House of Kedah Football’, ini menunjukkan betapa banyak tenaga dan dedikasi yang beliau telah berikan untuk persatuan itu untuk masa kini dan masa depan.
Usaha yang beliau lakukan wajar dipuji dan dicontohi oleh presiden persatuan lain dalam membawa KFA kembali ke kedudukan yang stabil dan bertambah baik.
Pengorbanan yang dilakukan Sanusi untuk persatuan itu haruslah dihargai kerana tidak ramai presiden persatuan lain yang mempunyai ilmu bagaimana untuk menguruskan persatuan.
Seperti kata Sanusi, ada yang hanya mahu mengambil kesempatan dan menjadikan persatuan bola sepak untuk kepentingan diri sendiri.