Demi Totteham Hotspur, pemain gitaris Coldplay sanggup tinggalkan band itu
Sebagai orang England, tidak kira apa sekali pun kerjaya seseorang itu pastinya mereka mempunyai minat yang cukup mendalam terhadap sukan bola sepak dan pemuzik terkemuka dunia iaitu band Coldplay juga antara yang ‘gila’ bola.
Biarpun sibuk dengan jelajah konsert mereka di seluruh dunia, namun band dari British itu tetap meluangkan masa untuk bermain bola sepak sekiranya mereka mempunyai waktu lapang.
Malah mereka juga mempunyai pasukan bola sepak mereka sendiri di mana mereka akan mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan amatur lain sekiranya ada peluang.
Dalam anggota band tersebut, gitarisnya iaitu Jonny Buckland antara yang paling ‘gila’ bola sepak apabila beliau pernah mengeluarkan kenyataan beliau sanggup meninggalkan dunia muzik yang penuh dengan kemasyuran jika berpeluang untuk menyarung jersi kelab kesayangannya iaitu Tottenham Hotspur yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Buckland merupakan peminat Spurs sejak dari kecil lagi dan pernah memasang impian untuk menjadi pemain bola sepak profesional satu ketika dahulu.
@OGuiadoFutebol Guia, Jonny Buckland do Coldplay é torcedor do Tottenham pic.twitter.com/FzlZoEROTK
— Kaique Oliveira (@FKaiqueOliveira) July 13, 2016
Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika satu temubual di mana beliau memberitahu yang beliau sanggup lepaskan jutaan dollar dari karier muzik untuk jadi pemain kelab London itu kerana itu adalah peluang yang mungkin hadir sekali sahaja dalam seumur hidup.
Itulah uniknya sukan bola sepak ini kerana peminat sanggup lakukan apa sahaja demi kelab tersayang termasuklah menghabiskan wang untuk mengembara apabila pasukan kesayangan bermain di tempat lawan walaupun jarak beratus atau beribu kilometer.
Nasib baik peluang itu tidak hadir kerana jika tidak band Coldplay tidak akan mengecapi populariti seperti ketika ini.