Kaji semula arahan penangguhan aktiviti luar darjah, boleh beri kesan terhadap pembangunan pemain muda di NFDP

859

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini telah mengeluarkan notis penangguhan untuk menghentikan latihan atau aktiviti di luar luar bilik darjah ekoran fenomena cuaca panas.

Namun perkara ini dilihat memberi kesan terhadap program latihan bola sepak di akademi bola sepak NFDP, namun pengurusan akademi itu memberi kelonggaran untuk melaksanakan aktiviti latihan dengan beberapa panduan seperti pemantauan cuaca, pemakaian dan waktu rehat minum yang kerap.


Memetik artikel Semuanya Bola, semua latihan tidak boleh dilaksanakan di semua premis dan fasiliti di bawah pengawasan KPM, justeru jurulatih diminta untuk mencari sendiri padang alternatif seperti padang awam atau padang berbayar di luar.

Perkara ini menimbulkan kebimbangan dan dikhuatiri boleh membantutkan pembangunan pemain-pemain muda di akademi tersebut kerana kekurangan masa latihan.

KPM benar-benar perlu mengkaji semula tentang arahan ini dan cuba mencari penyelesaian yang lebih baik yang akan membantu pembangunan bola sepak daripada terbantut.

Lebih-lebih lagi dengan kekurangan kanak-kanak bermain bola sepak pada masa kini, kerana semakin ramai yang cenderung dengan bidang e-sukan.

Permainan di telefon mudah alih seperti PUBG dan Mobile Legends semakin diminati oleh kanak-kanak dan mudah untuk diakses.

Arahan yang dikeluarkan KPM itu memanglah mengambil kira risiko daripada cuaca panas yang sedang melanda sekarang, tetapi sekurang-kurangnya mereka harus menyediakan alternatif buat program latihan bola sepak di NFDP.

Mungkin boleh bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyusun waktu sesuai buat pelatih menjalani latihan.