Sebelum membuat sebarang kenyataan atau sasaran yang tidak realistik, buat penyelidikan menyeluruh

111

Temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja sudah pun melabuhkan tirainya dengan banyak pihak mengatakan ini adalah prestasi terburuk kontinjen negara di temasya selepas gagal mendapat 40 pingat emas apabila sekadar mengutip 34 pingat emas.

Secara kasarnya tampak seperti gagal, tetapi apa yang boleh dibanggakan adalah prestasi atlet-atlet muda yang bertanding pada kali ini yang mana edisi kali ini menyaksikan Malaysian menghantar atlet muda paling ramai dalam sejarah negara iaitu sebanyak 63% dengan 62% adalah atlet pertama kali.


Perkara ini sepatutnya diambil kira terlebih dahulu sebelum meletak sebarang sasaran dan contoh terbaik adalah Presiden Kesatuan Olaharaga Malaysia (KOM) iaitu Dato’ Seri Shahidam Kassim yang meletakkan sasaran untuk meraih 10 pingat emas di temasya itu.

Sasaran itu bagaimanapun tidak berjaya dicapai apabila kontinjen negara hanya berjaya memperoleh lima pingat emas.

Kegagalan kontinjen negara di temasya dwi tahunan itu turut menjadi bahan politik apabila wakil parti politik PAS, Ahmad Shaari Fadli meletakkan kegagalan itu dibawah tanggungjawab Menteri Belia Dan Sukan (KBS), YB Hannah Yeoh.

Persoalannya, mengapa beliau tidak menuding jari kepada Shahidan Kassim atas kegagalan atlet dalam acara olahraga kerana sasaran 10 pingat emas diletak oleh presiden badan induk olahraga itu sendiri?

Sasaran tidak realistik itu turut mendapat perhatian bekas raja pecut negara iaitu Nasmizan Mohamad yang berkata Shahidan Kassim sepatutnya membuat penelitian secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum menetapkan sebarang sasaran supaya sasaran yang diletakkan realistik.

Malah beliau juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan atlet olahraga di temasya kali ini dan perlu mengambil tindakan drastik bagi memastikan sukan olahraga semakin berkembang dalam melahirkan jaguh-jaguh negara.

Satu pelan perlu dirangka dengan segera supaya prestasi hambar pada edisi 2023 tidak akan berulang pada edisi 2025 nanti.

Malah semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha untuk memastikan kontinjen negara dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka sekaligus cuba untuk kembali menjadi pencabar utama temasya itu.

Pada masa sama, amalan menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak perlu dihentikan kerana ia tidak membawa sebarang manfaat langsung, sebaliknya hanya perkara buruk sahaja oleh berlaku.

Oleh itu, diharap apa yang berlaku di Kemboja tahun ini dapat dijadikan sebagai pengajaran dan ‘wake up call’ kepada semua pihak untuk tingkatkan lagi sukan negara.

Majulah sukan demi negara!